web 2.0

Saturday, December 26, 2009

Contact

Tel : 0129858123
Faq : 094131570
Email : goat_farm93@yahoo.com

Tuesday, August 25, 2009

Sistem menternak kambing

Secara asasnya, penternakan kambing di negara kita boleh dikategorikan kepada beberapa kaedah pemeliharaan iaitu :-


Bertambat
Kaedah ini dimana tali digunakan untuk mengikat ternakan pada bahagian lehernya. Kambing akan dibiarkan meragut untuk beberapa ketika dan dialihkan ke tempat yang lain 2 atau 3 kali sehari. Kebiasaannya kaedah penternakan ini adalah bersesuaian untuk bilangan ternakan kambing 2~10 ekor dan diternak secara sambilan dan sekadar memenuhi masa atau hobi. Ianya banyak dipraktikkan di kampung-kampung.



Meragut lepas bebas (ekstensif)
Kaedah ini dimana kambing akan dibiarkan meragut dikawasan rumput di tepi-tepi jalan, tanah terbiar atau disekeliling kawasan kampung. Kaedah ini kurang baik kerana:-

  • Makanan/rumput mungkin tidak memadai terutama pada kumpulan yang banyak
  • Pengurusan tak sistematik dan pengawalan penyakit sukar dilaksanakan.
  • Pembiakan kambing tidak terancang kerana pergaulan secara bebas. Kaedah ini juga boleh menimbulkan masalah sosial apabila kambing yang dilepaskan bebas akan meragut dan memakan tanaman orang lain.



Semi intensif
Penternakan secara Semi-Intensif adalah di mana kambing akan dibiarkan meragut di kawasan ragutan berpagar pada waktu siang dan akan dikurung di dalam kandang pada waktu malam. Kaedah yang baik diamalkan adalah di mana kambing akan dikurung pada waktu malam dan pagi hari. Makanan samada pellet atau dedaun atau rerumput akan disediakan di dalam palung makanan. Kemudian, kambing akan dilepaskan di kawasan ragutan pada sebelah petang. Ini secara tidak langsung akan dapat mengelakkan kambing terkena penyakit seperti cacing yang menjangkitinya ketika meragut.

kaedah ini adalah lebih praktikal untuk diamalkan selain dapat menjimatkan kos makanan bagi penternak yang mempunyai kawasan ladang yang luas. Kaedah ragutan juga boleh dilakukan seperti berikut :-

  • Ragutan bebas bergembala di tepi jalan dan tanah terbiar.
  • Ragutan pusingan berpagar elektrik di kawasan integrasi dengan tanaman kekal seperti getah dan kelapa sawit.
  • Ragutan pusingan di kawasan pastura terbuka.



Intensif (Fidlot)
Kaedah pemeliharaan ini adalah bagi tujuan untuk penggemukan dan dipelihara di dalam kandang sepenuh masa. Kambing akan diberi makan secukupnya untuk digemukkan dalam jangka masa tertentu sehingga mencapai berat pasaran yang diperlukan.

kaedah ini banyak dipraktikkan di negara kita yang mana pengusaha ternakan tidak mempunyai kawasan yang mencukupi untuk menyediakan padang ragut. Kawasan yang ada hanya mencukupi untuk tanaman rumput Napier atau Guinea yang akan dipotong dan diberikan kepada kambing di dalam kandang.

Oleh yang demikian, penternak hendaklah menjadualkan pemberian makanan secara lebih efektif agar kos pemberian pellet, rumput ataupun silaj dapat diseimbangkan dengan hasil yang akan diperolehi kelak.

Kaedah ini juga akan dapat mengawal dan menghindarkan ternakan kambing daripada mudah terkena penyakit yang mana pemakanan dan kesihatan kambing lebih mudah dikawal dengan berpandukan kepada jadual yang lebih baik. Malahan pembiakan kambing juga akan dapat direncanakan untuk mendapatkan hasil yang optimum.



Intergasi
Kaedah penternakan ini adalah di mana kambing diternak di dalam kawasan ladang seperti ladang getah atau ladang kelapa sawit. Ianya secara tidak langsung dapat mengoptimumkan pendapatan kepada hasil ladang dan juga hasil ternakan kambing.

Kebiasaanya, kambing akan dibiarkan meragut dan bergerak secara berkumpulan di dalam kawasan ladang yang berpagar. Ini akan dapat mengurangkan kos merumpai. Tambahan pula hasil daripada ternakan dan najis yang boleh dijual. Ataupun, najis kambing itu tadi menjadi sebagai sumber baja organik dapat mengurang hasil kos pembajaan pokok.

Walaubagaimanapun, kaedah ini hanya bersesuai kepada tanaman kekal seperti getah dan kelapa sawit yang berusia lebih daripda 3 tahun bagi mengelakkan kambing memakan tanaman tersebut.


Monday, August 24, 2009

Baka Kambing

Baka Kambing

Jamnapari
* bersaiz besar
* berhidung cembung dengan sekelompok bulu diatasnya
* mempunyai telinga yang panjang dan berlipat ke bawah
* bulunya berwarna campuran putih dan sedikit patches warna gelap di kepala dan leher
* berat kambing jantan dan betina dewasa adalah antara 60-90 kg dan 30-60 kg masing-masingnya
* bulu tebal di bahagian peha dan pinggul,dikenali sebagai 'feather'
* dipanggil kambing dwi-guna kerana pengeluaran susunya yang baik selain daging



Boer
* bertanduk dengan telinga yang bergelong
* berbagai warna dan corak
* dianggap sebagai kambing pedaging
* berat kambing jantan dan betina dewasa adalah antara antara 110-135 kg dan 90-100 kg








Anglo-Nubian
* merupakan baka dari british
* mempunyai badan yang besar, kaki yang panjang dan telinga yang berjuntai
* mata dan muncung berbentuk konveks
* bulu warna perang bertompok kemerahan, perang bertompok putih, atau hitam
* berat badan sekitar 50-80 kg
* baka ini sesuai untuk pengeluaran susu





Toggenburg
* berasal dari Switzerland
* Warnanya dari coklat kekuningan ke coklat gelap
* Terdapat jalur putih dari mata, hujung telinga, kaki serta belakang/pinggul dan ekor
* aktif dan sentiasa bertenaga.
* dipercayai baka kambing tenusu yang tertua







Saanen
* berasal dari Switzerland
* bulunya pendek berwarna putih/krim
* hidung dan telinga lurus dan muka berupa segitiga
* ekornya tipis dan pendek









British alpine
* baka dari british
* telinga tegak dengan sedikit mengarah ke depan
* tidak sesuai dipersekitaran kelembapan udara yang tinggi
* pengeluar susu yang baik








Pengertian Qurban
Qurban ialah penyembelihan haiwan tertentu pada tanggal 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah dengan maksud untuk mendekatkan diri kepada Allah. Perintah berkorban telah disyariatkan oleh Allah kepada kita pada tahun ke 2 hijrah bersamaan dengan perintah solat Eidul Adha dan zakat.
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
"Dan telah Kami jadikan unta-unta itu sebahagian daripada syi'ar Allah, kamu memperolehi kebaikan yang banyak daripadanya, maka sebutlah nama Allah ketika kamu menyembelihnya dalam keadaan berdiri (dan telah diikat). Kemudian apabila telah roboh (mati), maka makanlah sebahagiannya dan beri makanlah orang yang rela dengan apa yang ada padanya (yang tidak meminta-minta) dan orang yang meminta. Demikianlah Kami telah menundukkan unta-unta itu kepada kamu, mudah-mudahan kamu bersyukur." - Surah al-Haj:36
"Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu dan berqurbanlah." - Surah al-Kauthar:2
Daripada Aisyah r.a Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda yang bermaksud: "Tiada suatu amalan yang dilakukan oleh manusia pada Hari Raya Qurban, yang lebih dicintai Allah selain daripada menyembelih haiwan qurban. Sesungguhnya haiwan qurban itu pada hari kiamat kelak akan datang berserta dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya, dan sesungguhnya sebelum darah qurban itu menyentuh tanah, ia (pahalanya) telah diterima disisi Allah, maka beruntunglah kamu semua dengan (pahala) qurban itu." - Riwayat al-Tarmuzi, Ibnu Majah dan al-Hakim
Zaid bin Arqam berkata: "Mereka telah bertanya, Wahai Rasullullah, apakah Udhhiyah (Qurban) itu? Nabi Muhammad s.a.w. menjawab: "Ia sunnah bagi bapa kamu Nabi Ibrahim." Mereka bertanya lagi: Apakah ia untuk kita? Rasulullah s.a.w. menjawab: "Dengan tiap-tiap helai bulu satu kebaikan." Mereka bertanya: "maka bulu yang halus pula? Rasullullah s.a.w bersabda yang bermaksud "Dengan tiap-tiap helai bulu yang halus itu satu kebaikan." - Riwayat Ahmad dan Ibnu Majah
Hukum Berqurban
Hukumnya Sunnat Muakkad (Sunnat yang dikuatkan) atas orang yang memenuhi syarat-syarat seperti berikut:
  • Islam
  • Merdeka (Bukan hamba)
  • Baligh lagi berakal
  • Mampu untuk berqurban
Sabda Rasullullah s.a.w yang bermaksud: "Aku disuruh berqurban dan ia sunnat bagi kau." (Riwayat al-Turmuzi).
"Telah diwajibkan kepada ku qurban dan tidak wajib bagi kamu." (Riwayat Daruqutni)
Walaupun hukum berqurban itu sunnat tetapi ia boleh bertukar menjadi wajib jika dinazarkan. Sabda Rasullullah s.a.w yang bermaksud: "Sesiapa yang bernazar untuk melakukan taat kepada Allah, maka hendaklah dia melakukannya." (Sila Rujuk: Fiqh al-Sunnah)

Tuesday, August 11, 2009

KAMBING


KAMBING> RM600.00 SIAP SEMBELIH DAN LAPAH
SIAP MASAK> RM880.00

DAGING AKAN DIAGIHKAN KE PUSAT PUSAT PENDIDIKAN ISLAM DAN RUMAH ANAK YATIM BERDEKATAN.

Monday, June 29, 2009

Keistimewaan susu kambing

* Kaya Protein, enzim, mineral, vitamin A, dan Vitamin B (riboflavin). Beberapa jenis enzim juga terdapat dalam susu kambing, antara lain : Ribonuklease, Alkalin Fosfate, Lipase, dan Xantin Oksidase. Sementara beberapa mineral yang terkandung dalam susu kambing yaitu Kalsium, Kalium, Magnesium, Fosfor, Klorin dan Mangan.
* Mengandung Antiantritis (inflamasi sendi).
* Mempunyai khasiat untuk mengobati Demam Kuning, Penyakit Kulit, Gastritis (gangguan lambung), Asma, dan insomnia (sulit tidur).
* Molekul lemaknya kecil sehingga mudah dicerna.
* Bila disimpan di tempat dingin, tidak merubah kualitas khasiatnya.

Khasiat Susu Kambing bagi Kita


Jarang yang tahu, ternyata -- selain padat gizi -- susu yang beraroma khas ini berkhasiat tinggi bagi kesehatan. Sejumlah penyakit seperti gangguan pencernaan, TBC, dan disfungsi seksual bisa teratasi dengan mengonsumsi susu kambing.
Di sisi lain, minum susu kambing sebagai pangan tambahan ( food suplement ) diketahui dapat mengurangi gangguan pernapasan, seperti asma, bronkitis, bahkan juga rematik. Selebihnya, karena susu kambing mampu mengontrol lemak dalam tubuh, minuman ini pun berefek menghaluskan kulit

Sunday, June 21, 2009

Kos Penghantaran Kambing Siap Sembelih

Kambing boer savana:
seberat 85 kg:



Kos penghantaran bagi kambing siap sembelih adalah :Rm 150

Menjual Kambing


:


Menjual kambing&lembu Untuk AQIQAH&QURBAN


Berat kambing: Diantara 30-60

Harga Kambing: RM500-600 + Siap sembelih
/melapah Rm30



Gambar pilihan





kambry





jamnapari





kambry goat hasil dari kacukan boer&barbados biri-biri











Menyediakan Perkhidmatan
Kenduri
Harga: Rm1500 (1 ekor kambing
siap masak & jamuan
majlis tahlil)

Advertisement

FoUrZy TeRnAK EnTeRpRISE Menyediakn Lembu&Kambing Untuk Qurban&Aqiqah dengan harga yang amat berpatutan. Berat Kambing: 30-60kg Harga : diantara RM500-RM600.. Menyediakan Kit Kesihatan kepada Haiwan Ternakan Seperti: Puru,Kurap dan pelbagai penyakit yang serius. Untuk hubungi: email:goat_farm93@yahoo.com no tel:0129858123@ 09-4131570